Hisyam merupakan
seorang pekerja syarikat iaitu “Salesman” kereta yang terbesar di kawasan Kuala
Lumpur, dan beliau merupakan pekerja yang rajin dan sangat disayangai oleh
majikannya. Tambahan pula, beliau memiliki muka yang kacak dan sangat bergaya,
sesuailah peribadinya dengan pekerjaannya itu....
Sedang beliau
termenung, tiba-tiba menyapa majikannya itu ..
Bos : Hai Hisyam,
termenung nampak, fikir tentang apa tu? Ke fikir nak kawin ni... Nampaknya , tak
lama lagi lah kita makan nasi minyak ni...
Hisyam : Eh,
sampai ke situ pula bos ni.. saya termenung memikirkan masa depan saya dengan
kekayaan yang akan saya dapat nanti...
Bos : wah, besar
cita-cita tu.. oh baru saya teringat, pagi tadi, ada mesyuarat tentang projek
terbesar kita bulan ni, yang melibatkan lebih ramai ahli korporat dan ahli
perniagaan seluruh negara, jadi mereka tertarik dengan syarikat kita, jadi
mereka ingin kita mempromosikan kereta-kereta yang ada di syarikat kita ini pada
mesyuarat akan datang.
Hisyam : Hebat tu
bos, pasti syarikat kita akan lebih terkenal dan maju apabila kereta-kereta ini
dapat dijual kepada mereka. Bila mesyuarat tu bos? di mana?
Bos : Dua hari
akan datang di Pulau Langkawi, dan tidak lain tidak bukan, pastinya saya akan
memilih awak untuk mempromosikan kereta-kereta kita. Memandangkan awak pun
memang pandai bercakap, bergaya pula, dan mempunyai pengalaman yang luas berkaitan
dengan perniagaan kita. Bukan apa, supaya mudah nanti kalau mereka bertanya
pelbagai soalan tentang syarikat dan perniagaan kita ini, awak boleh
selesaikan, betul tak? Saya mengharapkan awak akan hadir dan membuat
persembahan yang terbaik nanti.
Hisyam : Baik bos,
bos sememangnya telah memilih orang yang betul untuk mempromosikan perniagaan
syarikat ini, saya pasti akan datang, dengan kata-kata yang akan membuat hati ahli-ahli
perniagaan tu lebih tertarik dengan syarikat kita, bos jangan risau.
Sehari
sebelum perginya Hisyam ke Pulau Langkawi, Beliau telah diuji dengan penyakit
demam yang menyebabkan ia terbaring sepanjang hari di kantil rumahnya. Tidak
disangka-sangka perkara ini berlaku sebelum beliau pergi menjalankan tugasnya
ke Pulau Langkawi itu. Lalu beliau berkata di dalam hatinya, “sekejap je demam
ni, makan panadol sikit, eloklah ni”..
Tapi
apakan daya penyakit ini tidak sembuh sebagaimana yang disangka oleh Hisyam...
Hisyam
mengeluh dan merungut dengan datangnya penyakit demam ini, lebih malang lagi,
penyakit ini datang pada waktu-waktu yang sangat berharga iaitu pada perwakilan
beliau ke Pulau langkawi itu. “Kenapalah tiba-tiba nak kena demam pada aku ni,
kenalah nanti-nanti ke? Aku dah lah ada tugasan penting esok... arghhh .... (Katanya
di dalam hati)...
Lalu
Hisyam pun pergi berjumpa dengan doktor yang pernah beliau pergi dahulu ..
Selepas
doktor itu merawat, lalu ia berkata “ Sepatutnya demam ini dah boleh baik,
tetapi agak pelik juga kenapa ia masih tidak sembuh.. lalu hisyam menjawab, “Apa
ni doktor, takkan penyakit macam ni pun doctor tak boleh nak merawat, saya dah
makan ubat yang doctor suruh tu, tapi tak sembuh pun.... dah berapa lama jadi doktor
ni, kalau tak boleh sembuh, jangan jadi doktor la... lalu Hisyam terus balik ke
rumahnya...
Akhirnya
beliau tidak dapat pergi ke Pulau Langkawi, tambahan pula, penyakit beliau ini
telah menyebabkan ia terpaksa berehat di rumah dan berita tentang penyakit
demamnya ini juga telah sampai ke pengetahuan kawan-kawan sepejabatnya...
Muiz : Razak , dengar cerita, Hisyam kena demam minggu lepas, demam panas katanya. Aku ingat nak pergi melawat dia? Nak ikut ?
Razak : oh ya ke? Patut lah, aku tak nampak dia datang pejabat
minggu ni. Boleh juga, kan meziarahi saudara kita yang ditimpa sakit ni, besar
pahalanya, kurang-kurang dapat memberi semangat kepada dia. Kan?
Muiz
: betul tu Razak, kalau begitu, esok kan cuti, kita pergi ziarah dia .. boleh?
Razak
: Insha Allah, boleh....
Pada keesokkan
harinya , Muiz dan Razak pergi melawat sahabatnya Hisyam seperti mana yang
dirancang, dengan membawa sedikit buah tangan...
Razak : Assalamualaikum ...
Razak : Assalamualaikum ...
Ibu Hisyam : Waalaikumussalam ,
Muiz : Hisyam ada
kat dalam ke Mak cik? Kami kawan Sepejabat dia, nama saya Muiz dan ini kawan
saya, namanya Razak.
Ibu Hisyam : Oh
Razak dengan Muiz, masuk lah, Hisyam ada di dalam tu, sedang terbaring..
Muiz : Assalamualaikum hisyam, sihat? Bagaimana dengan keadaan kau sekarang ni. Dah makin sembuh ke?
Hisyam : Waalaikumussalam.. beginilah , terbaring je aku kat rumah ni, tak boleh nak buat apa...
Razak : kau ada
pegi jumpa doktor tak ?
Hisyam : Mestilah ada, kau tahu tak , aku kena demam ni dah hampir 2 minggu, sengsara aku dibuatnya. Semua klinik aku dah pegi, ubat pun aku dah makan, pantang larang pun aku dah jaga , aku tak faham la .. setiap hari aku merungut pasal demam ni .. entah apa lah yang tak kena, kenapalah nak jadi waktu muda-muda ni, jadilah waktu tua nanti, sekarang ni waktu untuk kita orang muda bekerja .. Kenapa aku diuji seberat begini? ” apakah Tuhan masih sayangkan aku?
Hisyam : Mestilah ada, kau tahu tak , aku kena demam ni dah hampir 2 minggu, sengsara aku dibuatnya. Semua klinik aku dah pegi, ubat pun aku dah makan, pantang larang pun aku dah jaga , aku tak faham la .. setiap hari aku merungut pasal demam ni .. entah apa lah yang tak kena, kenapalah nak jadi waktu muda-muda ni, jadilah waktu tua nanti, sekarang ni waktu untuk kita orang muda bekerja .. Kenapa aku diuji seberat begini? ” apakah Tuhan masih sayangkan aku?
Tergamam Muiz dan
Razak melihat keadaan sahabatnya yang merungut dengan ujian allah kepadanya dan
seolah-olah menyalahi Tuhan yang menurukan Penyakit demam ini, lalu Muiz
berkata. “ Hisyam, Ubat dan rawatan dari Klinik ini adalah usaha dan ikhtiar
kita sebagai hamba Allah untuk mengubati penyakit kita, Tetapi kuasa Allah yang
menyembutkan penyakit ini, sikap kita yang terlalu mengharapkan ubat-ubatan dan
doktor ini boleh mengakibatkan keyakinan kita kepada Allah semakin pupus..
Percayalah, kalau
kita mengarapkan mahluk untuk menyembuh, pasti kita akan kecewa, tetapi kalau
kita mengharapkan Allah, sembuh ataupun tidak, pasti kita akan gembira, kerana
Musibah yang datang itu pasti akan diiringi dengan seribu hikmah. Tidak salah
untuk memakan ubat dan mendapat perkhidmatan doktor sebagai usaha, tetapi kena
yakin sepenuhnya bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan Dia juga
yang akan memulihkannya
Razak : betul tu ,
usaha dan ikhtiar kita dah lakukan , berdoa jangan lupa dan yang paling penting
tawakal dan redha dengan ketentuan Allah di dalam hati tu. Insha Allah, kau
akan sembuh nanti ..Antara hikmahnya, Allah nak membersihkan dosa-dosa kita
yang lalu, dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus
mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Mungkin selama ini
kita terlalu ego, dan tidak mengindahkan ibadah-ibadah yang boleh mendekatkan
diri kita kepadanya, seperti solat, membaca Al Quran dan berdoa.
Hisyam pun tergamam dengan nasihat sahabatnya itu , terfikir beliau dengan kehidupan selama ini yang kurang beribadah dan berdoa kepada Allah, dengan alasan sibuk bekerja pagi dan malam.mengalir air matanya mendengar nasihat daripada sahabat-sahabatnya....
Hisyam : Terima
kasih sahabatku, kerana telah menyedarkan aku tentang musibah yang aku hadapi
ini adalah ujian Allah kepada diriku ini...
Semenjak dari itu,
Hisyam tidak lagi merungut dengan kesakitannya itu dan lebih kepada berdoa dan
muhasabah diri kenapa dia diuji sebegini, dan apabila berlalunya seminggu
selepas itu , demam hisyam pun beransur sembuh, barulah beliau tahu hikmah di
sebalik ujian ini lalu ia berdoa....
"Ya Allah,
Engkaulah mengajar aku untuk rendah diri dan bersyukur dengan nikmat kesihatan
tubuh badan, Kalau engkau hendak sembuhkan penyakitku dalam masa satu hari,
maka amat mudah bagi dikau, tetapi Engkau mengajar hambamu tentang sifat
tawakal,sabar mengharungi ujian kesakitan ini, dan Engkau hadirkan sahabat yang
soleh yang sentiasa memberi nasihat untu menyedarkan diriku ini, dan Engkau juga mengajar aku erti kesyukuran dengan nikmat yang diberi.. Ya Allah tetapkanlah Hambamu ini dalam keadaan mengingatimu".. Amin...
......
“Namun dalam tidak sedar, ujian penyakit yang
kita hadapi itu adalah guru yang mengajar dan mendidik kita agar kita menjadi manusia
yang lebih baik. Jangan sesekali kita berburuk sangka kepada Allah SWT di atas
musibah yang menimpa”.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Surah Al Baqarah
: 155)


0 comments:
Post a Comment